Guangzhou FC Sudah Tidak Sabar Nak Robek Gawang JDT
Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Walaupun menghuni tangga tercorot kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL), namun itu bukanlah penamat bagi Guangzhou FC. Selepas melalui beberapa perlawanan, mereka kini dilihat lebih yakin untuk beraksi di atas padang walaupun dibarisi pemain-pemain muda.

Jurulatih Guangzhou FC, Pan Yonghe melaungkan keyakinan bahawa anak buahnya akan melakar kejutan malam ini dengan merobek gawang Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Jadi, untuk perlawanan seterusnya, berdepan JDT, semestinya kami akan memberi sedikit tekanan kepada pertahanan pihak lawan. Tetapi di pihak kami, kita akan berusaha memperbaiki aspek pertahanan dan pemain juga tidak sabar-sabar untuk menjaringkan gol esok dan saya pasti mengenainya,” katanya kepada Sukan Sinar.

Advertisements

Selepas mengharungi 4 perlawanan kumpulan, Guangzhou sudah dibolosi sebanyak 21 kali dan gagal menjaringkan sebarang gol. Jika mereka berjaya merobek gawang JDT malam ini, bermakna itu merupakan gol sulung mereka dalam kejohanan berprestij di Asia ini.

Kedudukan kumpulan I kini menyaksikan Kawasaki Frontale kini memimpian kumpulan dengan lapan mata, Ulsan Hyundai dan JDT masing-masing mengutip tujuh mata manakala Guangzhou, yang mengalami kekalahan keempat berturut-turut, berada di tangga terakhir tanpa memungut sebarang mata.


Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram