Guwahati Masters: Choong Hon Jian & Haikal Nazri Muncul Juara, Atasi Regu Taiwan
UltraSukan
Sponsors

Beregu lelaki muda negara, Choong Hon Jian dan Haikal Nazri terus cemerlang di atas gelanggang dengan menggondol gelaran juara Guwahati Masters 2023.

Ini gelaran juara kedua yang diraih regu yang menduduki ranking ke-81 dunia itu selepas merangkul gelaran juara Syed Modi India International 2023 pada minggu lepas.

Ad
Sponsors

Mereka mengatasi tentangan regu Taiwan, Lin Bing-wei dan Su Ching Heng di pentas final selepas mengatasi lawan masing-masing di separuh akhir.

Ad

Set pertama menyaksikan Hon Jian-Haikal berupaya mengawal tempo permainan. Ini membantu mereka meraih kemenangan 21-17 di set pertama.

Ad

Set kedua menyaksikan Bing-wei-Ching Heng cuba memberi tentangan sengit kepada regu negara itu. Pada satu ketika, mereka berjaya mengikat Hon Jian-Haikal pada kedudukan 20-20.

Ad

Namun begitu, pengalaman final yang ditimba mereka membantu mengatasi regu yang menduduki ranking ke-114 dunia itu dengan keputusan 23-21.

Ad

Kemenangan hari ini akan memberi motivasi kepada kedua-duanya untuk tampil lebih cemerlang dalam kejohanan senior mereka yang seterusnya selepas ini.