Haaland Beri Isyarat Ke Manchester United Atau Real Madrid
Dunia
Daily Mail
Advertisements

Sejak kebelakangan ini, penyerang sensasi Borussia Dortmund, Erling Haaland sering kali dikaitkan dengan dua kelab gergasi iaitu Real Madrid dan Manchester United. Tular sumber-sumber dari eropah yang mendakwa Haaland sedang direbut dua kelab ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke menjelaskan bahawa terdapat 25 pasukan yang berminat untuk memancing pemain ini. Akan tetapi, Real Madrid adalah satu-satunya pasukan yang menunjukkan kesungguhan mahukan Haaland.

“Apa yang saya tahu, Real sa­ngat bersungguh-sungguh. Saya boleh namakan 25 pasukan lain yang mahukannya akan tetapi saya pasti dengan Real.”

Advertisements

Mengulas lanjut, Hans-Joachim Watzke berpendapat bahawa pemain kelahiran Norway ini amat sesuai untuk bermain di Liga Sepanyol. Gaya permainan di Sepanyol adalah lebih sesuai buat Haaland berbanding di England.

Walau bagaimanapun, CEO Dortmund itu juga menegaskan bahawa tidak mustahil juga jikalau Haaland terus kekal di Dortmund bagi musim-musim mendatang.

“Saya fikir Haaland sesuai di Sepanyol. Di England, gaya bola sepak mereka berbeza tetapi, saya tidak skeptikal apabila me­ngatakan bahawa Haaland juga mungkin akan terus kekal bersama kami.”

Advertisements

Untuk rekod, Haaland berjaya menjaringkan 76 gol setakat 75 penampilannya sepanjang bermain di Borussia Dortmund.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram