Habib Haroon Ke Kedah, Manuel Ott Sertai Terengganu?
Liga Super
Terengganu FC & Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Terengganu dikhabarkan akan menggantikan pemain tengah utama mereka untuk memperkuatkan jentera tengah pasukan.

Fadhirul Shuhaimi mengesahkan pemain tengah dan kapten Terengganu, Habib Haroon tidak akan bersama Terengganu lagi untuk musim hadapan.

Habib Haroon dijangka bakal bergabung kembali dengan bekas jurulatihnya di Terengganu pada tahun lalu iaitu Nafuzi Zain yang kini merupakan pengendali pasukan Kedah Darul Aman.

Advertisements

Manuel Ott pula akan kembali ke Terengganu setelah setahun meninggalkan pasukan Sang Penyu untuk beraksi bersama Kedah.

Kehadiran Manuel Ott dilihat sebagai pengganti kepada posisi Habib Haroon memandangkan kedua-dua pemain merupakan pemain tengah bertahan.

Malah prestasi Manuel Ott bersama Kedah musim ini amat cemerlang apabila merekodkan 3 gol dan 5 bantuan jaringan dalam 23 perlawanan liga.

Advertisements

Terengganu kini dalam misi memperkemaskan barisan utama pasukan setelah prestasi yang semakin meningkat dipenghujung musim bersama Tomislav Steinbruckner.

Habib Haroon pula pastinya lebih cenderung ke Kedah untuk kembali bermain dibawah kendalian Nafuzi Zain.

Usia Habib Haroon yang berumur 23 tahun bersesuaian untuk projek jangka masa panjang Nafuzi Zain bersama Kedah setelah Manuel Ott kini sudah berusia 31 tahun.

Advertisements

Namun khabar angin ini masih belum rasmi dan masih dalam fasa perbincangan antara kedua-dua belah pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram