Habuan RM6.1 Juta Menanti Atlet Badminton Malaysia
UltraSukan
Raphael Sachetat/Badminton Photo
Advertisements

Habuan berjumlah AS$1.3 juta (RM6.1 juta) menanti pemain-pemain badminton Malaysia yang beraksi dalam Petronas Malaysia Open yang berlangsung pada tahun hadapan.

Kejohanan ini menjadi tumpuan kerana ia merupakan pembuka tirai kalendar Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) untuk tahun 2024.

Hadiah lumayan ini dijangka mendorong semua atlet negara untuk memberi persembahan cemerlang di hadapan penyokong tempatan atas gelanggang.

Advertisements

Cabaran Malaysia dalam kejohanan itu bakal digalas oleh Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong (perseorangan lelaki). Sementara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mengetuai cabaran beregu lelaki.

Cabaran negara dalam beregu wanita pula diketuai beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah. Manakala beregu campuran nombor lapan dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pula mengetuai cabaran beregu campuran.

Sementara jaguh perseorangan wanita, Goh Jin Wei merupakan satu-satunya wakil Malaysia dalam acara perseorangan wanita.

Advertisements

Kejohanan ini turut menarik penyertaan jaguh perseorangan lelaki nombor satu dunia, Viktor Axelsen, beregu lelaki nombor satu dunia, Liang Weikeng-Wang Chang dan beregu campuran utama Korea Selatan, Seo Seung-jae dan Chae Yu-jung.

Petronas Malaysia Open 2024 bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil dari 9-14 Januari 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram