Penyerang muda Perak FC, Hadi Fayyadh Abdul Razak sah menyertai PDRM FC secara pinjaman sehingga akhir musim ini.
Sebelum ini, sudah ada ura-ura yang mendedahkan pengurusan The Cops berminat membawa bekas pemain Fagiano Okayama itu. Kini, perpindahan tersebut disahkan menerusi laman media sosial rasmi Sang Saka Biru.
Malah, wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi turut mendedahkan Hadi Fayyadh sudah menyertai latihan pasukan itu yang dikendalikan pemangku jurulatih Eddy Gapil.
Dengan tetingkap perpindahan kedua berakhir pada 1 Ogos ini, PDRM FC dijangka mahu memuktamadkan perjanjian perpindahan membabitkan bekas kapten Kelantan, Mario Arques.
Selain itu, The Cops juga sudah mengenalpasti beberapa jurulatih tempatan sebagai calon mengisi kedudukan sebagai jurulatih baru mereka.