Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah kelihatan segak berbaju Melayu menerusi hantaran terbarunya di Instagram.
Ini selepas beliau menjadi sebahagian daripada duta eksklusif jenama Elrah untuk tahun 2026. Ini kali kedua Hafizh bekerjasama dengan Elrah selepas melakukannya pada 2025.
Tidak lama selepas diumumkan sebagai duta jenama tersebut, Hafizh memuat naik hantaran yang berbunyi, “Dua tahun bersama Elrah. Direka agar ia kelihatan sempurna menjelang Hari Raya.”
Hafizh bukan satu-satunya figura sukan terkenal yang dilamar Elrah sebagai duta eksklusif jenama itu untuk tahun 2026.
Elrah turut melantik jaguh Muay Thai Malaysia, Johan Ghazali dan juara dunia ONE Championship, Superbon Singha Mawynn sebagai duta.
Selain itu, bekas Menteri Belia dan Sukan, Khary Jamaluddin, Fattah Amin, Meerqeen dan Beto Khusyairy turut menjadi duta jenama tersebut.