Hajat Luqman Hakim Tertangguh Seketika
Asia
YSCC
Advertisements

Hasrat pemain negara, Luqman Hakim Shamsuddin untuk aksi penampilan sulungnya bersama YSCC Yokohama tertangguh seketika. 

Luqman Hakim masih tidak diturunkan ke dalam skuad utama. Beliau telah terlepas dua aksi J3-League bersama pasukan. 

YSCC Yokohama kini berada di prestasi umbang-ambing kerana hanya mencatatkan 1 seri dan 1 kalah dalam dua perlawanan pembukaan liga. 

Advertisements

Dalam temubual bersama Astro Arena, Luqman Hakim ada mendedahkan bahwa beliau kini di fasa mempelajari bahasa asas komunikasi Jepun. 

Beliau akui agak sukar untuk berkomunikasi kerana bahasa Inggeris tidak digunakan oleh barisan pemain tempatan Jepun yang lain. 

“Selepas berbincang dengan jurulatih serta pihak pengurusan, saya perlu ambil masa sedikit untuk memahami rakan pasukan. Mereka tidak boleh bercakap bahasa Inggeris jadi jika dalam padang semua adalah pemain kelahiran Jepun juga. 

Advertisements

“Walaupun saya bercakap bahasa Inggeris, mereka kurang faham kerana perlu ulang ayat banyak kali. Langkah yang saya ambil belajar basic bahasa Jepun.

Dalam pada itu, Luqman hakim memaklumkan beliau telah diberikan rujukan bahasa komunikasi yang telah diubahsuai khas untuk komunikasi dalam bola sepak. 

“Jurulatih ada sediakan latihan bahasa komunikasi dalam padang untuk saya hafal dan belajar.

Advertisements

Pemain muda berusia 22 tahun itu bagaimanapun tetap akan sentiasa bersedia untuk lakukan debut pertamanya bersama pasukan.

Aksi seterusnya bagi saingan J-League Cup, YSCC Yokohama akan memulakan kempen bertemu pasukan Mito HollyHock.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram