Hakimi Abdullah Penjaring Terbanyak Tempatan
Dunia
Advertisements

Setelah Terengganu FC mencapai kemenangan besar 5-0 ke atas Perak FC semalam, pemain sensasi muda Terengganu Muhammad Hakimi bin Abdullah kini muncul sebagai penjaring terbanyak tempatan liga pada musim ini. Walaupun diturunkan sebagai pemain gantian, Hakimi Abdullah berjaya menambah jaringan peribadinya musim ini pada minit ke-71 sekaligus melengkapkan malam gemilang tuan rumah.

Setakat ini, pemain kelahiran Rantau Panjang ini berjaya mencetak lima gol dan satu bantuan gol dalam saingan Liga Malaysia 2021. Gol-gol Hakimi yang kebanyakkannya sebagai pemain gantian sekaligus membuktikan kerelevanan beliau untuk masuk dan memberikan impak segera buat pasukan. Super-Sub ! 

Pemain berusia 21 tahun ini juga sudah berjaya merobek gawang pasukan UITM FC, Selangor FC, JDT, Penang FC dan Perak FC sebelum ini. Hakimi juga merupakan pemain yang menjadi wira Terengganu FC ketika membenam JDT di laman sendiri tempoh hari.  

Advertisements

Gol tunggal Hakimi telah meleburkan rekod tanpa kalah Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Ibrahim sejak hari pertama pembukaan stadium tersebut. 

Berdasarkan jaringan-jaringan yang beliau hasilkan, keupayaan menghasilkan rembatan-rembatan deras dan juga aksi menarik ketika diatas padang, Hakimi Abdullah membuktikan bahawa beliau sememangnya layak dipanggil Tan Cheng Hoe untuk mewakili skuad kebangsaan negara nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram