Halim Saari Tak Sabar Kembali Bantu Kedah
Liga Super
MakanBola
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Tonggak tengah Kedah Darul Aman, Halim Saari berasa teruja untuk kembali memperkuat cabaran Sang Kenari menjelang perlawanan seterusnya dalam saingan Liga Super 2024/2025.

Halim yang memulakan aksi dalam tiga perlawanan awal liga menentang PDRM, Selangor dan Perak bagaimanapun terpaksa diketepikan dalam tiga aksi terakhir menentang Penang baru-baru ini akibat kecederaan.

Advertisements

Ketua jurulatih Kedah DA, Nafuzi Zain terpaksa melupakan khidmat Halim dalam tiga pertemuan menentang Penang dalam aksi Liga Super dan Piala FA yang menyaksikan Sang Kenari berjaya memungut tiga mata selain mara ke separuh akhir.

Menerusi satu ciapan di laman X Kedah Darul Aman FC kelihatannya sosok tubuh pemain berusia 30 tahun ini sudah turun menjalani latihan ringan sebagai salah satu proses pemulihan bersama pegawai perubatan.

Advertisements

“Kelibat Halim amat dirindui selepas ketiadaannya dalam beberapa perlawanan penting. Kini beliau dalam proses pemulihan melalui pemantauan rapi unit fisioterapi dan jurupulih pasukan Sang Kenari,” tulis Kedah Darul Aman di laman X.

Tugas seterusnya buat Kedah adalah menerima kunjungan pasukan dari Pantai Timur Kelantan, Darul Naim di Stadium Darul Aman pada Jumaat, 12 Julai ini dengan sepak mula aksi dijadualkan tepat jam 9 malam.

Cabaran getir menanti Kedah selepas itu apabila bakal diuji menentang jaguh dari selatan, Johor Darul Ta’zim dalam saingan Piala FA dengan aksi pertama pada 19 Julai di Alor Setar dan 3 Ogos untuk aksi kedua di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

News Comments Account