Malaysian Football League (MFL) telah mengemas kini jadual aksi separuh akhir Piala FA 2024.
Menerusi satu hantaran di laman sosial MFL, terdapat perubahan yang dilakukan bagi aksi separuh akhir yang bakal berlangsung kurang dua minggu dari sekarang.
Hal ini selepas mengambil kira Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 yang akan berlangsung pada 20 Julai 2024.
“Malaysian Football League hari ini mengumumkan jadual perlawanan peringkat separuh akhir pertama dan kedua Piala FA 2024-25 yang telah dikemas kini selepas pengesahan keputusan perlawanan suku akhir.
“Ini mengambil kira Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 yang akan berlangsung pada 20 Julai 2024.
Perlawanan separuh akhir pertama dimulakan dengan aksi antara Kedah Darul Aman dan JDT pada 19 Julai 2024 (Jumaat) jam 8:15 malam di Stadium Darul Aman.
Aksi satu separuh akhir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin melibatkan pertembungan antara Terengganu dan Selangor pada 19 Julai jam 9 malam.
Perlawanan timbal balik antara Selangor dan Terengganu di Stadium MBPJ akan berlaku pada 3 Ogos 2024 jam 9 malam manakala JDT dan Kedah pada 4 Julai 2024 di Stadium Sultan Ibrahim jam 8:15 malam.
Final Piala FA 2024 dijangka berlangsung pada 24 Ogos 2024 tertakluk kepada perubahan semasa.