Hamidin: 3 Bulan Lalu FIFA Puji Malaysia, Orang Mudah Lupa
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengingatkan Malaysia pernah mendapat pujian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) beberapa bulan lalu.

Pandangan ini dinyatakan susulan seruan beberapa pihak yang mahu melihat perubahan berlaku dalam badan induk bola sepak negara itu.

Seruan ini dibuat ekoran prestasi kurang memberangsangkan Harimau Malaya di pentas antarabangsa sejak kebelakangan ini.

Advertisements

Malaysia yang dibimbing oleh Kim Pan-gon berdepan kesukaran mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 selepas dua kali tewas di tangan Oman.

Meskipun Hamidin memahami kerisauan penyokong, beliau pada masa sama meminta semua orang agar berlaku adil kepada skuad kebangsaan.

Advertisements

Ini kerana pada satu ketika, skuad negara menerima pujian daripada FIFA atas pencapaian cemerlang yang dilakar pada 2023.

“Macam sekarang kita tengok Indonesia dalam keadaan baik. Mereka berada pada masa tepat untuk naik ke puncak.

Advertisements

“Tapi tiga bulan lepas kalau kita semua faham, FIFA memuji Malaysia lima pasukan terbaik dunia yang naik 40 ranking dalam tempoh dua tahun.

“Tapi kita ini kadang-kadang mudah lupalah. Jadi, kita ini nak menang dan masuk Piala Dunia.

Advertisements

“Tapi siapa pun yang memegang peranan itu semua kena ada panduan dan mesti ada perancangan,” katanya kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kenyataan Hamidin ada benarnya kerana Malaysia pernah mendapat pujian FIFA selepas cemerlang meraih dua kemenangan dalam Kumpulan D pada November tahun lalu.

Malaysia meraih kemenangan mengejut 4-3 ke atas wakil Asia Tengah, Kyrgyzstan sebelum menewaskan Taiwan 1-0.

Kejayaan itu meletakkan Malaysia sebagai pendahulu kumpulan ketika itu dengan enam mata. Harimau Malaya juga menjadi satu-satunya pasukan yang mengekalkan rekod kemenangan 100% selepas dua perlawanan awal kumpulan berkenaan.

Malaysia turut menerima pujian kerana menjadi pasukan yang mengutip mata ketiga tertinggi untuk kedudukan ranking FIFA pada November lalu. Skuad negara mengutip +26.1 mata di belakang Comoros dan Romania yang masing-masing mengutip +30.9 mata dan +26.2 mata.

Malaysia kini fokus untuk persiapan baki dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada Jun ini. Harimau Malaya akan turun menentang Kyrgyzstan pada 6 Jun sebelum menentang Taiwan pada 11 Jun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram