Ranking FIFA Malaysia: Skuad kebangsaan Malaysia kini melonjak 7 tangga selepas meraih mata maksimum hasil kecemerlangan di pentas Kelayakan Piala Dunia 2026.
Pasukan bimbingan Kim Pan-gon kini menjadi tumpuan dunia selepas kejayaan luar biasa sebagai pasukan Asia Tenggara sekaligus membuka mata ramai pihak ketika ini.
Kemenangan berdepan pasukan ke-102 dunia, Kyrgyzstan memberikan skuad negara tambahan +15.49 mata untuk melonjak ke kedudukan 130 dunia berbanding 137 dunia sebelum itu.
Harimau Malaya akhirnya merekodkan kemenangan ke atas Chinese Taipei dan memperoleh tambahan +10.66 mata FIFA untuk melonjak satu tangga namun tidak kekal lama.
Menurut kemas kini terbaru FIFA, kemenangan itu memastikan Harimau Malaya memungut mata maksimum FIFA sebanyak +26.1 mata untuk melonjak 7 tangga.
Malaysia kini menghuni kedudukan ke-130 dunia selepas dua kemenangan di Kelayakan Piala Dunia 2026 dan mengumpul 1122.9 mata dan menghampiri kedudukan lima negara dalam kelompok 120 terbaik dunia.
Malaysia kini memberikan kelebihan buat Malaysia untuk layak ke pusingan ketiga sekaligus mencerahkan peluang untuk mara ke Piala Dunia.
Malaysia menjadi negara ketiga di dunia dengan pungutan mata tertinggi di belakang Comoros dan Romania.
Comoros memungut tambahan mata FIFA tertinggi dengan +30.9 mata dan naik 8 anak tangga (120 dunia) sementara Romania di tangga kedua dengan +26.2 mata dan naik 5 tangga (ke-43 dunia).