Hamidin: Kelab Tidak Belajar Daripada Kesilapan Perlis & Melaka United
Liga Super
FA Malaysia
Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui kecewa melihat kemelut kewangan yang masih membelenggu kelab-kelab Liga Malaysia (Liga M).

Ketika ini, KL City FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berdepan masalah kewangan meskipun saingan Liga Super bakal bermula tidak lama lagi.

Isu ini dilihat tiada noktah dengan kelab-kelab tidak mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku ke atas dua kelab sebelumnya, Perlis dan Melaka United FC.

Advertisements

Hamidin bimbang sekiranya situasi ini berterusan, KL City dan Kedah berpotensi dikenakan tindakan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) termasuk sekatan perpindahan.

“Perkara sebegini tak berlaku dulu. Saya tak pasti zaman saya. Tapi yang hairannya ialah benda ini terjadi sejak tiga atau empat tahun lepas.

“Tapi bila Melaka (United) kena (dan) Perlis kena dengan ini semua tapi seolah-olah perkara itu tak diendahkan. Itu yang saya hairan.

Advertisements

“Dan bila ada yang katakan MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) dan FAM tak ambil tanggungjawab, kita sudah ambil tindakan ya. Banyak kelab kita telah singkirkan.

“Tapi yang menjadi kerisauan kita ialah makin banyak pula kelab yang tiada,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Hamidin berkata demikian dalam sidang media selepas tamat mesyuarat pengurus pasukan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang diadakan di ibu pejabat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semalam.

Advertisements

KL City dan Kedah diberi tempoh oleh First Instance Body (FIB) untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji mereka sehingga akhir bulan ini.

Sekiranya mereka masih gagal melunaskan tunggakan gaji tersebut, kedua-dua kelab berdepan kemungkinan tidak beraksi dalam Liga Super musim 2024-2025.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram