Advertisements
Hannah Yeoh: Lee Zii Jia Belum Tandatangan
UltraSukan
UltraSukan
BA Malaysia

Jaguh badminton negara, Lee Zii Jia masih belum menandatangani kontrak bersama program Road To Gold (RTG).

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Sebelum ini, anak jati Alor Setar, Kedah itu diberi tempoh dua minggu untuk memeterai kontrak RTG.

Gesaan itu dibuat memandangkan atlet yang tersenarai dalam program itu sudah sah memeterai kontrak bersama RTG.

Di bawah program RTG, atlet yang tersenarai akan mendapat segala bantuan diperlukan bagi merealisasikan prospek pingat di Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

“Lee Zii Jia belum sign setakat ini, tunggu kenyataan media,” katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Sekiranya Zii Jia masih gagal berbuat demikian, segala bantuan yang dinikmatinya di bawah program RTG termasuk perkhidmatan sains sukan akan ditarik balik.

Antara atlet yang tersenarai untuk program berkenaan selain Zii Jia ialah Datuk Azizulhasni Awang, Datuk Pandalela Rinong, Aniq Kasdan dan Nur Dhabitah Sabri.

Juara Terbuka Artik 2023 itu ketika ini berada di Jepun kerana menyertai kejohanan Japan Masters 2023. Zii Jia dijangka turun dalam aksi pusingan pertama menentang pemain perseorangan Denmark, Anders Antonsen esok.