fbpx

Irfan Bakti: Hanya JDT Yang Sudi Bantu Kami

Berita Harian.com

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Jurulatih pasukan Kuching City FC, Irfan Bakti Abdul Salim mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Idris atas bantuan yang diberikan kepada pasukan kendalian beliau.

Terbaru, pasukan Kuching City FC berdepan masalah apabila tidak mempunyai gelanggang utama untuk menjadi tempat tuan rumah bagi pasukan tersebut.

Menurut penjelasan Irfan Bakti, mereka telah menghubungi beberapa pasukan termasuklah Kuala Lumpur City FC, Selangor FC dan juga Negeri Sembilan FC untuk meminta pertolongan.

“Kami menghubungi pasukan KL, Negeri Sembilan dan juga Selangor.”

Namun begitu, ketiga-tiga pasukan tidak dapat membantu pasukan tersebut.

Usaha Kuching City FC untuk menghubungi TMJ akhirnya membuahkan hasil apabila beliau bersetuju untuk memberikan keizinan bagi pasukan tersebut menggunakan Stadium Pasir Gudang sebagai gelanggang tuan rumah pada musim ini.

“Kami menghubungi JDT, Alhamdulillah akhirnya dapat.”

Tindakan murni TMJ ini mendapat perhatian para peminat tanah air yang kagum dengan semangat kerjasama dan tolong-menolong yang dipamerkan oleh beliau dalam membantu pasukan lain.

© MakanBola Media – All Rights Reserved