Advertising
Haqimi Azim Diangkat Bintang Masa Depan Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Penyerang muda KL City FC, Haqimi Azim Rosli disifatkan antara bintang masa depan Harimau Malaya.

Ini selepas ASEAN United memilihnya sebagai pemain yang patut diperhatikan dalam saingan ASEAN Championship 2024.

Ad

Haqimi bukan asing dengan kejohanan berprestij di Asia Tenggara itu. Ini kerana beliau menjadi sebahagian daripada skuad Harimau Malaya yang beraksi dalam edisi 2022.

Ad

Malah, penyerang berusia 21 tahun itu turut meledakkan satu gol dalam aksi menentang Laos pada 24 Disember 2022. Itu juga merupakan satu-satunya gol bersama Harimau Malaya dalam tujuh penampilan di peringkat antarabangsa.

Musim 2024/25 menyaksikan Haqimi terus mendapat kepercayaan pengendali The City Boys, Miroslav Kuljanac. Beliau sudah menyumbat empat gol dan mencipta tiga bantuan gol daripada 15 penampilan musim ini.

Ad

Ini termasuk gol yang dijaringkan ketika menentang kelab Filipina, Kaya FC-Iloilo dalam saingan Shopee Cup. KL City ketika ini menduduki tempat kedua Kumpulan B di belakang pendahulu, Cong An Ha Noi (CAHN) FC.

Ad

ASEAN United melihat impaknya bersama KL City dan Harimau Malaya dijangka menjadikan Haqimi berpotensi sebagai bintang baru kejohanan.

Ad

Malaysia bakal membuka kempen ASEAN Championship 2024 dalam Kumpulan A dengan menentang Kemboja pada 8 Disember ini.