Ads
Haqimi Azim Mahu Tunjukkan Sesuatu Kepada Rakyat Malaysia
Harimau Malaya
FA Malaysia

Penyerang Kuala Lumpur City FC (KL City) dan Harimau Malaya, Haqimi Azim mahu menunjukkan sesuatu kepada rakyat Malaysia menjelang aksi bertemu Kyrgyzstan esok (6 Jun).

Advertisements

Haqimi yang sudah merekodkan satu jaringan dalam empat penampilan bersama skuad kebangsaan sudah bersedia jika diberikan tugasan sebagai peledak utama Harimau Malaya.

Advertisements

“Jika diberi peluang, saya akan buat yang terbaik. Kini kami mempunyai Paulo (Josue) dan saya, dan ada pemain lain yang boleh bermain sebagai nombor 9.

Advertisements
Advertisements

“Tetapi jika saya beraksi, saya akan tunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa saya mampu menjadi penyerang buat mereka,” luah Haqimi seperti yang dikongsikan wartawan The Star, T. Avineshwaran di laman X.

Untuk rekod, kali terakhir Haqimi meledak buat skuad kebangsaan adalah dalam perlawanan Piala Mitsubishi Electric 2022 menentang Laos pada Disember 2022 yang mana menyaksikan Malaysia menang besar 5-0.

Advertisements

Perlawanan menentang Kyrgyzstan esok adalah perlawanan getir buat Malaysia yang kini menduduki tangga ketiga dengan mengumpul 6 mata selepas 4 perlawanan.

Advertisements

Malaysia perlu memenangi dua aksi mendatang bagi mencerahkan peluang layak ke pusingan ketiga kelayakan selain tiket automatik ke Piala Asia 2027.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram