“Harapnya Apa Yang Berlaku Antara BAM & Lee Zii Jia Tidak Jangkiti Sukan Lain”
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Pemerhati sukan negara, Datuk Dr. Pekan Ramli menyifatkan isu yang timbul membabitkan Lee Zii Jia baru-baru ini tidak patut berlaku.

Pekan merujuk kepada isu hak imej membabitkan jaguh perseorangan lelaki ke-11 dunia itu yang tersebar di media.

Juara Arctic Open 2023 itu terpilih mewakili Malaysia ke Thomas Cup 2024 selepas isu hak imejnya berjaya diselesaikan menerusi perbincangan antara pengurusan beliau dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Advertisements

Bagi Pekan, isu ini tidak sepatutnya berlaku kerana atlet seharusnya mengutamakan kepentingan negara terlebih dahulu daripada kepentingan komersial.

Walau sehebat mana seseorang atlet itu dalam pertandingan profesional, kepentingan negara perlu didahulukan atas dasar patriotisme.

“”Ia satu perkara baru, sejarah yang telah dicipta oleh negara kita walaupun kita bercakap di luar negara ada atlet-atlet profesional, bercakap tentang hak imej dan sebagainya.

Advertisements

“Tetapi yang kita bercakap sekarang ini bukan hanya profesionalisme sahaja tetapi ia soal patriotisme itu.

“Kalau kita lihat, dalam sesetengah negara juga, ada yang menolak untuk mewakili negara. Sudah pastilah atlet itu akan dikecam seluruh peminat sukan negara mereka.

“Kerana bagi mereka, mewakili negara merupakan satu penghormatan tertinggi. Dan sebagai seorang atlet itu, mereka tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya tidak kira apa tahap mereka.

Advertisements

“Tak kira sekaya mana atlet itu tetapi mewakili negara merupakan satu penghormatan yang tinggi bagi mereka.

“Saya nampak ia bukan memberikan satu impak yang positif, ia lebih banyak memberi impak negatif kepada rakan sepasukan (dan) kepada pemain masa depan nanti.

“Perkara ini kita harap tidak merebak ke sukan-sukan lain berdasarkan apa yang berlaku kepada BAM dan Lee Zii Jia ini kerana ia akan merugikan sukan negara kita,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Syifa Nasir untuk Nadi Arena.

Advertisements

Zii Jia bakal mengetuai cabaran Malaysia ke Thomas Cup 2024 yang berlangsung pada penghujung bulan ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram