Hari Bersejarah Buat Trio Fandi
Dunia
BG Pathum & Albirex Niigata
Advertisements

Tiga anak lagenda Singapura, Fandi Ahmad iaitu Irfan, Ikhsan dan Ilhan masing-masing berjaya menempa nama dan mencipta sejarah dalam arena bola sepak pada semalam.

Irfan dan Ikhsan yang mewakili kelab gergasi Thailand, BG Pathum United berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir bagi kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022. Duo berbakat ini merupakan pemain Singapura pertama yang melepasi peringkat suku akhir saingan ACL.

Ikhsan turut menjadi pemain Singapura pertama yang meledak di peringkat tertinggi seperti ini. Irfan pula berjaya mencatat 4 clean sheet dalam perjalanannya bersama BG Pathum di pentas ACL.

Advertisements

Sementara di bumi Singapura, adik mereka, Ilhan Fandi berjaya menjaringkan dua gol dalam membantu kejayaan pasukannya, Albirex Niigata menewaskan Tampines Rovers 4-2. Ketajaman penyudah yang dimiliki Ilhan sekaligus melengkapkan koleksi 12 jaringan selepas beraksi dalam 11 perlawanan di saingan Liga Singapura.

Perkembangan semasa buat tiga anak Fandi ini cukup-cukup memberansangkan. Kecerlangan masing-masing dalam membantu pasukan telah membuka mata ramai peminat bola sepak ASEAN.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram