Harimau Malaya Ada Rangkaian Luas Dalam Dunia Bola Sepak
MakanBola
Malaysia NT

Harimau Malaya dilaporkan mempunyai rangkaian yang meluas dalam dunia bola sepak dan disebabkan itu ramai pemain yang mempunyai susur galur dengan Malaysia berjaya dikesan.

Jika sebelum ini, Hector Hevel dan Gabriel Palmero telah terlebih dahulu menyertai kem skuad kebangsaan di bawah kendalian Peter Cklamovski.

Kini jumlah pemain Malaysia dari luar negara dijangka akan bertambah hasil daripada hubungan dan rangkaian luas yang dimiliki Harimau Malaya bersama-sama agen bola sepak di luar negara.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Ketua Pengarah Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend dalam satu wawancara yang disiarkan di Astro Arena.

“Saya boleh katakan ada pelbagai proses (dapatkan pemain di luar negara). Kami hadir dengan pengalaman global. Kami ada rangkaian yang besar dari segi pencari bakat dan agen.

“Menggunakan rangkaian kami ialah perkara nombor satu. Itu adalah proses yang dilakukan pasukan-pasukan kebangsaan negara lain gunakan untuk mengenal pasti pemain-pemain ini,” jelas Rob Friend kepada Astro Arena.

Dalam pada itu, Rob Friend bekerjesama kuat dengan Peter Cklamovski dalam memastikan pemain-pemain luar negara yang dibawa masuk adalah pemain yang benar-benar mampu membawa cabaran di dalam skuad kebangsaan.