Harimau Malaya Bakal Uji India
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Skuad Harimau Malaya bakal berdepan India dalam satu aksi persahabatan pada November.

Pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pada Rabu telah mengumumkan skuad kebangsaan bakal terbang ke India bagi menghadapi satu aksi persahabatan pada 19 November 2024.

Ad

Walau bagaimanapun, venue dan waktu sepak mula akan dimaklumkan selepas ia dimuktamadkan oleh pihak tuan rumah iaitu Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF).

Ad

Perlawanan tersebut bakal berlangsung dalam Kalendar Antarabangsa FIFA, 11 hingga 19 November 2024 yang mana FAM juga pada ketika ini masih sedang mengesahkan satu lagi lawan dalam tempoh berkenaan.

Kali terakhir skuad negara berdepan India adalah pada 13 Oktober 2023 untuk perlawanan Pestabola Merdeka yang mana ketika itu Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon raih kemenangan 4-2 di Bukit Jalil.

Ad

Malaysia juga pernah hadir ke India untuk siri dua perlawanan persahabatan menentang negara tersebut pada 2011 yang mana skuad negara kendalian Datuk K. Rajagobal ketika itu seri 1-1 di Guwahati dan tewas 3-2 di Kolkata.

Ad

Berdasarkan kemas kini ranking semasa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), India kini berada di kedudukan ke-126 dunia, enam anak tangga di atas Malaysia yang menghuni tempat ke-132 dunia.