Hasrat Andik Vermansyah Pulang Ke Malaysia Berkecai
Transfer
CSNSportstalk
Advertisements

Hasrat untuk menyaksikan kelibat pemain sayap lincah Indonesia, Andik Vermansyah pulang ke beraksi di Malaysia tertangguh.

Bekas bintang Selangor itu dikatakan telah mencapai persetujuan untuk menyertai kelab Pantai Timur Kelantan FC namun terbatal pada saat akhir.

The Red Warriors rancak mengumumkan beberapa muka baharu pada saat akhir jendela perpindahan termasuklah beberapa profil besar dari Sepanyol dan Iran.

Advertisements

Malah, berita perpindahan pemain Indonesia ini dikuatkan satu hantaran juga dikatakan sudah pun dimuat naik oleh Kelantan FC yang akhirnya diturunkan semula pada saat akhir.

Spekulasi mengenai perpindahan ini akhirnya terjawab apabila wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mengesahkan bahawa perpindahan Andik tidak menjadi kenyataan.

Beliau dikatakan akan kekal beraksi di Liga 1 Indonesia sungguhpun pasukan baharunya masih belum diketahui.

Advertisements

Kontrak pemain bertubuh kecil ini bersama Bhayangkara FC tamat pada awal Julai lalu setelah hampir tiga musim bersama pasukan.

Kini, masih tiada pengumuman rasmi mengenai masa depan pemain ini dengan khidmatnya sudah pasti memberi nilai tmabah kepada pasukan yang diwakilinya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram