Hatrik ‘Ikonik’ Amri Yahyah Hiasi Kemenangan Sabah

Amri Yahyah 2 Hatrik 'Ikonik' Amri Yahyah Hiasi Kemenangan Sabah
Sabah FC

Aksi keenam saingan Liga Super Malaysia 2022 menyaksikan pertembungan antara pasukan Sabah menentang pasukan Kedah Darul Aman. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas berkesudahan dengan keputusan Sabah 4-0 Kedah.

Pemain Sabah FC, Mohd Amri Bin Yahyah mencuri tumpuan apabila berjaya menjaringkan tiga gol buat pasukan Sabah. Amri yang diberi kepercayaan oleh pengendali Sabah, Ong Kim Swee untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan telah melaksanakan tugas dengan sangat baik.

Expand player

Lagenda yang kini mencecah usia 41 tahun itu telah menjaringkan gol pembukaan perlawanan pada minit ke-51 permainan. Rembatan dari luar kotak penalti daripada Amri cantik masuk ke gawang pasukan Kedah Darul Aman.

Amri terus cemerlang apabila menjaringkan gol kedua peribadinya dalam perlawanan pada minit ke-61 permainan. Percubaan Amri dari sebelah kanan padang gagal diselamatkan penjaga gol KDA FC, Ifwat yang telah menatijahkan kepada jaringan.

Tidak cukup dengan itu, Amri sekali lagi menjadi wira buat pasukan Rhinos setelah meledak hatrik pada minit ke-71 permainan. Chip tenang daripada Amri telah menambah duka buat skuad kendalian Aidil Shahrin.

Usia bukan penghalang buat lagenda bola sepak Malaysia ini terus konsisten mencipta jaringan. Aura dahagakan kemenangan yang dipupuk dalam diri Amri semestinya menjadi nadi kepada kemenjadian dirinya dan pasukan.

Kemenangan Sabah keatas Kedah Darul Aman ini memastikan kemenangan keempat buat anak buah Ong Kim Swee. Sabah berjaya mengutip 12 mata setelah mengharungi enam perlawanan dalam saingan Liga Super 2022.