Adik Zahirah MacWilson Berminat Mewakili Harimau Malaya
Dunia
Advertisements

Adik pelakon terkenal, Zahirah MacWilson, Muhammad Haziq MacWilcon menyatakan minat untuk mewakili Harimau Malaya.

Pemain kacukan Malaysia-England yang berusia 22 tahun itu menyatakan hasratnya untuk bermain bersama pasukan tempatan di Liga Malaysia dan sedia menyarung jersi pasukan kebangsaan sekiranya dipanggil. Sejak beberapa tahun yang lalu, dia telah berkelana ke Australia disebabkan tiada peluang untuk bermain dengan pasukan di Liga Malaysia.

Haziq bermain di beberapa buah pasukan tempatan yang berpangkalan di Perth dan menjadi antara tonggak penting pasukan tersebut. Antara pasukan yang diwakilinya ialah Joondalup FC, Kingsley FC dan Stirling Lions FC.

Advertisements

“Sejak usia lima tahun, Haziq sudah mula menunjukkan minat dalam sukan bola sepak malah turut menyertai Akademi Kelab Bola Sepak Woodhouse di South Yorkshire, England.

Seperti yang dinyatakan Ayahnya, Zainol Macwilson di Arena Metro;

“Karier bola sepak Haziq terus berkembang sebaik kami sekeluarga berpindah ke Perth, Australia apabila dia mendapat tawaran daripada beberapa kelab tempatan untuk beraksi bersama mereka.”

Advertisements

“Melihat kepada kemeriahan Liga Malaysia menyebabkan dia mahu mencuba nasib bermain bersama pasukan tempatan namun sehingga kini tiada pihak memanggilnya untuk menjalani latihan.”

Haziq sebenarnya ingin pulang ke Malaysia untuk meneruskan kariernya dalam bola sepak dengan mewakili kelab tempatan dan menyarung jersi Malaysia jika diberi kesempatan. Namun terdapat beberapa kekangan seperti sukar berhubung dengan pengurusan kelab di liga Malaysia bagi memberi peluang kepada Haziq menjalani pemilihan.

Muhammad Haziq pernah menyertai Akademi Bola Sepak Woodhouse di South Yorkshire, England. Dia baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang perakaunan dan kewangan dari Universiti Curtin.

Advertisements

Sekiranya diberi peluang, dia mahu menyertai kelab tempatan seterusnya membuktikan kemampuannya dalam bola sepak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram