Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio akui gembira melihat anak-anak buahnya berjaya melepasi perangkap Sri Pahang dalam aksi Liga Super 2024/2025 pada Sabtu.

Advertisements

JDT turun ke Stadium Sultan Ibrahim dengan melayani kunjungan Sri Pahang dalam aksi keempat Liga Super tampil penuh cemerlang untuk meraih tiga mata hasil ledakan hatrik penyerang, Heberty Fernandes.

Bidoglio yang ditemui selepas perlawanan memuji persembahan cemerlang anak-anak buahnya sepanjang permainan meskipun di separuh masa pertama ruang pergerakan buat para pemainnya banyak disekat oleh lawan.

Advertisements

“Mereka beraksi dengan bagus dan mereka berjaya melakukannya pada separuh masa kedua. Separuh masa pertama kita tidak menyerang ruang dan tidak diberi banyak masa,” katanya kepada pihak media.

“Tapi pasukan mengawal bola dan buat kali kedua, mereka mengawal bola, bertukar hantaran dan menyerang ruang (lawan). Saya gembira dengan prestasi pasukan hari ini.”

Advertisements

Tambah Bidoglio lagi, corak permainan bertahan yang diterapkan oleh Sri Pahang memberikan kesukaran buat jentera serangan pasukan namun gembira para pemainnya menampilkan aksi berbeza di babak kedua untuk meraih kemenangan.

“Ya, (Sri) Pahang cuba bermain bertahan dan meletakkan lima pemain (di bahagian pertahanan). Memang pada separuh masa pertama, agak susah kerana kita tidak menyerang ruang (lawan) pada masa yang tepat. Tapi pada separuh masa kedua, saya pasti pemain memahami permainan mereka dan beraksi lebih baik.

Aksi selepas ini menyaksikan skuad Harimau Selatan bakal berkunjung ke laman lawan bagi aksi suku akhir pertama Piala FA menentang Malaysian University pada 29 Jun ini di venue yang akan diumumkan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram