Héctor Bidoglio Akan Gilirkan Pemain JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio teruja dengan kemampuan yang dimiliki oleh barisan pemain Harimau Selatan ketika ini.

Katanya, JDT sudah pun memiliki satu pasukan yang sangat baik dan berkaliber untuk menggalas cabaran pasukan dalam mana-mana kejohanan.

Walau bagaimanapun, pengendali berusia 54 tahun itu masih mahu meneliti setiap pemain dan membuat ‘analisis khas’ bagi melihat keperluan untuk melakukan penggiliran pemain.

Advertisements

“JDT ketika ini dibarisi oleh pemain yang amat berkaliber dan mantap.”

“Ini juga memberi ruang kepada saya untuk menilai sendiri tahap dan kualiti setiap pemain yang ada dalam pasukan.”

Bekas jurulatih Newell Old Boys ini juga bercadang untuk memberi lebih banyak ruang dan peluang kepada para pemain yang jarang diturunkan sebelum ini beraksi.

Advertisements

“Saya akan menggilirkan pemain untuk beraksi namun masih bergantung kepada situasi,” kata Bidoglio menerusi Arena Metro.

Bekas pemain pasukan kebangsaan Venezuela ini juga merakamkan penghargaan kepada Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas peluang berharga untuk membimbing JDT.

“Saya juga berterima kasih kepada (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) yang memberi saya peluang untuk memacu JDT.”

Advertisements

“Saya akui JDT sudah lengkap dan hanya perlu digilap supaya lebih mantap.”

Bidoglio cemerlang memulakan era di Johor dengan membantu pasukan membelasah KL City dengan keputusan 5-0 di laman sendiri, semalam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram