Ads
Dunia
Selangor FC

Jentera serangan KL City dijangka lebih tajam menjelang saingan Liga Super yang bakal bermula pada akhir Februari ini. Ini selepas skuad yang dibimbing Bojan Hodak itu telah diperkuatkan oleh bekas penyerang Selangor musim lepas, Herlison Caion.

Advertisements

Sebelum ini, ramai menyangka Caion kekal bersama Gergasi Merah selepas kedua-dua pihak mengadakan perbincangan berkenaan kontrak baru. Bagaimanapun, Selangor mengumumkan khidmat Caion tidak disambung untuk musim 2023 semalam.

Advertisements

Tetapi pada hari ini, berita penyertaannya ke City Boys diumumkan menerusi laman media sosial rasmi mereka.

Advertisements

Advertisements

Jentera serangan KL City dijangka lebih ampuh dengan kehadiran Caion. Ketika ini, jentera serangan KL City diterajui oleh Romel Morales dan Haqimi Azim serta dua pemain import baru, Patrick Reichelt dan Tchetche Kipre.

Advertisements

Caion menjaringkan 24 gol bersama skuad Merah Kuning dalam semua kejohanan musim lepas. Selain Selangor dan Chonburi, dia juga pernah beraksi bersama Daegu FC, Paysandu, HB Koge dan PT Prachuap.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram