Hong Wan Bangga Debut Bersama JDT Tercapai
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Nathaniel Shio Hong Wan menzahirkan rasa bangga setelah berjaya memperoleh aksi pertamanya bersama pasukan baharunya itu.

Bekas pemain Wolverhampton Wanderers itu mengakui bahawa peluang untuk menyarung jersi keramat pasukan Harimau Selatan itu merupakan satu kegembiraan buat dirinya.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik oleh beliau, pemain berusia 21 tahun ini meraikan kejayaan membantu JDT menjulang Piala Sumbangsih menewaskan KL City dengan keputusan 2-0.

Advertisements

Sungguhpun masuk sebagai pemain gantian, debutnya pada perlawanan penting itu merupakan antara detik yang bermakna dalam perjalanan karier beliau.

Hong Wan masuk bagi menggantikan pemain tengah berpengalaman JDT, Natxo Insa bagi mengemudi jentera tengah pasukan.

Sungguhpun debutnya hanya berlangsung ketika perlawanan berbaki hanya beberapa minit, namun ianya penting untuk mendapatkan rentak dan keyakinan beraksi di atas padang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram