Hong Wan Beri Khabar Gembira Buat Harimau Malaya
MakanBola
Johor Southern Tigers

Perancang tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Nathaniel Shio Hong Wan memberikan berita yang cukup mengujakan menjelang pengumuman barisan pemain ke kem latihan pusat Harimau Malaya.

Pemain berusia 23 tahun itu mencetuskan kerisauan dalam kalangan penyokong bola sepak tanah air selepas mengalami kecederaan ketika beraksi pada aksi final Piala Malaysia 2023.

Ketua jurulatih JDT, Tano Solari juga memaklumkan pada sidang media pra perlawanan berdepan BG Pathum United tempoh hari bahawa beliau kehilangan tiga tonggak penting iaitu Hong Wan, Corbin-Ong dan juga Shane Lowry akibat kecederaan.

Ad

Pengendali muda itu tidak mahu mengambil risiko untuk menurunkan pemain ini namun jeneral tengah ini kelihatan sudah pulih sepenuhnya.

Ad

Beliau menggalas tugas dengan cukup baik ketika membantu JDT merakamkan kejayaan 100 gol di Liga Super ketika membelasah Penang dengan keputusan 8-0.

Ad
Ad

Bekas pemain Wolves ini beraksi dengan cukup baik sepanjang 76 minit menentang skuad Harimau Kumbang.

Ad

Hong Wan pernah beberapa kali dipanggil untuk membarisi skuad negara namun tidak memiliki peluang untuk diturunkan kerana kecederaan.

Malaysia akan menghadapi aksi persahabatan menentang Syria di Qatar sebelum menghadapi ujian sebenar untuk berdepan Korea Selatan, Bahrain dan Jordan.