ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan kedudukan selaku kelab terbaik di rantau Asia selepas berjaya memintas kedudukan juara bertahan Liga Juara-Juara AFC (ACL), Urawa Reds.

Skuad Harimau Selatan berjaya memperagakan persembahan yang cukup memberangsangkan menerusi tiga kemenangan di pentas berprestij bola sepak Asia tersebut.

Kejayaan ini memastikan pasukan milik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) mengukuhkan kedudukan selaku pasukan nombor satu di Asia Tenggara.

Advertisements

Kemenangan berharga menewaskan wakil Thailand, BG Pathuk United dengan keputusan 4-1 telah mengukuhkan langkah Harimau Selatan untuk memdominasi Asia.

Berdasarkan data oleh laman Opta Analyst, JDT kini menghuni tangga ke-17 Asia (ke-347 dunia) sekaligus menjadi pasukan pertama di Asia Tenggara dengan 75.6 mata.

Laman analisis bola sepak yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia itu menunjukkan Harimau Selatan berjaya memperbaiki kedudukan dan naik 226 anak tangga dari tangga ke-573 pada Februari 2023 lalu.

Advertisements

JDT juga berjaya memintas kedudukan juara bertahan ACL, Urawa Reds (ke-18 Asia) yang turun -60 tangga selepas tersingkir awal pada musim ini.

C82FA146 06B5 43EC BE9F 692F402EEB7B JDT 'Pintas' Urawa Reds, Kukuhkan Reputasi Kelab No.1 ASEAN

Dua wakil Thailand, Bangkok United dan Buriram United masing-masing berada di tangga ke-46 Asia (632 dunia) dan ke-58 Asia (711 dunia).

Kemas kini terbaru ini juga menyaksikan JDT menjadi satu-satunya wakil tunggal Malaysia yang tersenarai dalam kelompok kelab 350 terbaik di dunia setakat ini.

Advertisements

Kedudukan ini menyaksikan JDT berada lebih baik berbanding kelab-kelab ternama di Asia seperti Incheon (ke-19 Asia), Melbourne City (ke-40 Asia) dan menghampiri kedudukan kelab gergasi Asia, Kashima Antlers (ke-16 Asia).

Mata AFC MA Ranking yang dikumpul oleh JDT sebanyak 9.0 mata telah membantu Malaysia untuk memdapatkan slot di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim 2025/26 selain bakal mewakili negara ke pentas berprestij itu pada tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram