Tano Solari: ACL Bantu JDT Bersaing Dengan Pasukan Besar Asia
ACL
JST
Advertisements

Jurulatih Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Tano Solari menyifatkan Liga Juara-Juara AFC (ACL) amat membantu evolusi pasukan itu secara keseluruhan.

Walaupun JDT bakal menamatkan kempen Kumpulan I di tangga ketiga, jurulatih Argentina itu melihat ia bukan saja menjadikan pasukan itu lebih jitu sebagai satu unit.

Malah, ini secara tidak langsung memperkukuh mentaliti juara mereka. Dua aspek ini dilihat perlu jika ingin bersaing dengan pasukan-pasukan berkualiti yang beraksi di ACL.

Advertisements

“Untuk kami, seperti saya katakan sebelum ini, ini amat penting kerana kita telah bersedia selama sembilan bulan untuk ACL.

“Kita selalu katakan ACL akan bantu kita berevolusi sebagai satu pasukan (dan) untuk membangunkan mentaliti sebagai juara agar dapat membantu kita bersaing dengan pasukan-pasukan besar dari seluruh Asia,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan yang berlangsung pada petang tadi.

Sementara itu, Solari mahu anak-anak buahnya tidak memandang rendah cabaran BG Pathum United. Walaupun mereka berada di tangga tercorot Kumpulan I tanpa sebarang mata, mereka pastinya mahu mencuri mata di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) esok.

Advertisements

Justeru, Solari mahu anak-anak buahnya memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dan menutup kempen ACL dengan kemenangan.

“BG (Pathum United) satu pasukan yang besar dan satu lagi peluang buat kita. Peluang ini kita perlu manfaatkan secara bertanggungjawab dan tahu apa yang kita persiapkan selama 11 bulan, kita ada 90 minit untuk tunjukkan.

“Sudah tentu ia satu perlawanan yang sukar tetapi kita bermain di tahap tertinggi menentang pasukan yang beraksi di tahap tertinggi juga. Kita perlu bijak memanfaatkan peluang kita dan para pemain juga perlu menggunakannya.

Advertisements

“Ini penting untuk bola sepak Malaysia untuk membuktikan diri mereka bila menentang pasukan Thailand. Jadi, ini sesuatu yang bagus menghadapi cabaran sebegini.

“Pasukan sudah bersedia dan para pemain juga fokus, semua orang fokus untuk beri persembahan yang bagus dan untuk memenangi perlawanan (esok),” ujarnya.

JDT berharap dapat meraih kemenangan ketiga dalam ACL musim ini dengan menentang The Rabbits di SSI esok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram