Hong Wan: Saya Tidak Rasa Saya Datang ke Sini Jika Bukan Kerana JDT
Dunia
Hong Wan Officially JDT’s player
Advertisements

Pemain muda kelahiran England-Malaysia, Nathaniel Shio Hong Wan tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya sebaik sahaja perpindahannya ke Johor Darul Taazim (JDT) daripada Wolverhampton Wonderes menjadi kenyataan. Dalam satu temubual bersama Astro Arena, pemain berusia 20 tahun itu optimis merebut tempat sebagai salah satu pemain utama dalam pasukan ini selain mengakui bahawa pasukan JDT mempunyai fasiliti berkelas dunia setaraf dengan liga-liga utama di dunia.

Tambahnya lagi, persembahan yang ditunjukkan oleh pasukan Harimau Selatan dalam kejohonan Asia Champions League (ACL) membangkitkan lagi keterujaannya untuk beraksi bersama skuad kendalian Benjamin Mora ini. Beliau juga yakin untuk memilih JDT sebagai pasukan seterusnya bagi melebarkan sayapnya sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

“JDT ialah kelab terbaik di Malaysia, dan saya tidak rasa saya datang ke sini jika bukan kerana JDT”.

Advertisements

Kehadirannya ke bumi Johor diakui sebagai satu langkah yang besar diambil dalam kariernya namun beliau percaya bahawa ia bukanlah satu masalah besar buat dirinya.

Hong Wan juga mengetahui bahawa persaingan yang wujud dalam skuad yang dibarisi pemain berbakat terutamanya dalam posisi yang bakal dimainkan olehnya bukanlah satu kerisauan sebaliknya optimis untuk memberikan yang terbaik buat pasukan.

“Saya mengetahui bahawa persaingan wujud dalam posisi saya terutamanya dengan adanya Natxo Insa (seorang pemain yang hebat), tetapi saya optimis untuk belajar banyak perkara daripada pengalaman dan pengetahuan yang ada padanya (Natxo Insa).”

Advertisements

Hong Wan juga yakin dapat memberikan persembahan yang baik bersama majikan barunya itu berdasarkan persembahannya bersama pasukan bawah 23 tahun Wolves musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram