Hong Wan Tenang Galas Tugas Natxo Insa
Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Aksi terakhir saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Ulsan Hyundai telah dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim. Pasukan JDT berjaya mencatat keputusan positif apabila menewaskan Ulsan 2-1.

Pemain tengah JDT, Nataniel Hong Wan telah menampilkan aksi memukau dalam perlawanan hari ini. Hong Wan telah dimasukkan pada minit ke-16 permainan bagi menggantikan general tengah JDT, Natxo Insa yang mengalami kecederaan.

Tahap ketenangan luar biasa yang ditampilkan Hong Wan telah membawa transisi bertahan dan menyerang JDT dalam keadaan yang tersusun. Kecergasan dari aspek fizikal dan mental pemain ini juga banyak mempengaruhi decision making sempurna yang dihasilkannya.

Advertisements

Aura tersendiri dan naluri seorang yang tidak mudah mengalah telah memastikan pemain ini membawa JDT melakar sejarah, mencipta kemenangan dalam perlawanan. Tidak cukup dengan itu, aksi cemerlang Hong Wan turut menerima pujian ramai pemerhati bola sepak tempatan.

Menurut seorang jurnalis bola sepak Malaysia, Keesh berpendapat bahawa Hong Wan telah melaksanakan tugas dengan sangat baik. Sungguhpun beliau belum mencapai tahap sebaik Natxo Inso, akan tetapi peranan yang dimainkan Hong Wan ketika di atas padang telah menyerikan dan mencantikkan corak permainan JDT.

Walaupun terlalu awal untuk menyifatkan pemain ini sebagai seorang bintang, namun pengalaman singkatnya di pentas sebesar ACL ini akan menjadikan beliau lebih menyinar pasa masa akan datang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram