Hong Wan Tidak Sombong, Guna Adab Tinggi Layan Peminat
Inspirasi
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bukan sekali kedengaran kisah pemain bola sepak bersikap sombong dengan peminat. Tetapi ini sama sekali berbeza buat pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Hong Wan.

Hong Wan atau nama sebenarnya Nathaniel Shio Hong Wan memenuhi permintaan penyokong Harimau Selatan yang mahu bergambar bersamanya.

Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama Norph Hunt dalam satu ciapan bertarikh 8 Julai lalu.

Advertisements

Peristiwa ini berlaku semasa perlawanan Piala MFL membabitkan JDT FC II dan Sabah FC pada 4 Julai lalu.

Biarpun sibuk menonton ubi muda JDT FC beraksi, Hong Wan tidak lokek memberi senyuman dan sabar melayan peminat yang mahu bergambar.

Advertisements

Dalam video yang dimuatnaik Norph Hunt, penyokong itu memuji keperibadian yang ditonjolkan Hong Wan bila bersama penyokong.

Pemain tengah berusia 22 tahun itu pastinya tersenyum lebar selepas melihat JDT FC II membelasah ubi muda Badak 7-0.

Advertisements

Contoh sama turut ditunjukkan oleh bekas penyerang Sri Pahang FC, Mohamadou Sumareh yang beraksi dalam perlawanan tersebut.

Sebelum perlawanan berlangsung, Sumareh tidak keberatan melayan permintaan peminat yang mahu bergambar bersamanya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram