Advertising
Hoo Pang Ron Galas Tugas Kapten Malaysia
UltraSukan
UltraSukan
BA Malaysia

Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron dipilih sebagai kapten kontinjen Malaysia bagi menghadapi Badminton Asia Mixed Team Championship (BAMTC) 2025.

Pang Ron, 26, mengakui terkejut apabila diberi tanggungjawab besar itu. Pada masa sama, beliau akan berusaha menggalas tanggungjawab itu sebaik mungkin.

Ad

“Ini kali pertama saya dinamakan kapten pasukan dan saya memang terkejut kerana ada pemain senior seperti Goh Soon Huat dalam pasukan,” katanya.

Ad

“Tapi saya rasa teruja dan anggap ini satu penghormatan. Saya akan galas tanggungjawab ini sebaik mungkin mengikut keupayaan saya.”

Pang Ron turut melihat perpaduan sebagai kunci jika Malaysia mahu mara lebih jauh dalam saingan BAMTC.

Ad

“Kita perlu saling menyokong antara satu sama lain, tidak kira sama ada kita mendahului atau ketinggalan,” tambahnya.

Ad

Pang Ron-Cheng Su Yin dan Soon Huat-Shevon Lai menjadi taruhan kem negara dalam acara beregu campuran BAMTC. Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama Indonesia dan Hong Kong.

Ad

Indonesia membuka kempen kumpulan menentang Hong Kong bermula pada 11 Februari. Ini disusuli kem negara yang menentang lawan sama pada 12 Februari.