Hwang Ui-jo Penjaring Ligue 1 Terbanyak Asia
Dunia
Hwang Ui-jo/AFP-Yonhap
Advertisements

Semalam, kelab Girodins Bordeaux menamatkan rekod tiga kekalahan berturut-turut mereka dalam liga dengan menewaskan RC Strasbourg di Matmut Atlantique. Lebih manis, dalam perlawanan berkesudahan 4-3 itu, penyerang Korea Hwang Ui-jo menjaringkan tiga gol untuk kelabnya. Ini menjadikan beliau sebagai penjaring Ligue 1 terbanyak dari benua Asia.

Dengan 27 gol, ini membolehkan Ui-jo memintas rekod 25 gol yang dipegang oleh Park Chu-young. Rekod tersebut dicipta semasa beliau bersama AS Monaco. Chu-young kemudiannya berpindah ke England untuk bermain bersama Arsenal dan Watford (secara pinjaman). Ketika ini, beliau merupakan pemain Seongnam FC musim ini selepas merekodkan 186 penampilan bersama FC Seoul.

Ui-jo bukan asing bagi penyokong Les Girodins selepas menyertai kelab pada Julai 2019. Beliau membuat penampilan sulung bersama Seongnam FC dalam saingan Liga Korea 1 (K-League 1). Ui-jo kemudiannya berkelana ke Jepun dengan menyertai Gamba Osaka dari 2017 hingga 2019.

Advertisements

Sebelum perlawanan menentang Strasbourg, beliau gagal menjaringkan gol sejak perlawanan menentang Troyes pada 12 Disember. Ketika ini, Ui-jo merekodkan sembilan gol dalam 17 perlawanan Ligue 1.

Impak Ui-jo dijangka akan memberi kelegaan kepada jurulatih Korea Selatan, Paulo Bento. Ini kerana dua ayam tambatan mereka iaitu Son Heung-min (Tottenham) dan Hwang Hee-chan (Wolves) terpaksa diketepikan akibat kecederaan. Ui-jo dijangka akan mengemudi bahagian serangan Pahlawan Taeguk dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 peringkat Asia menentang Lubnan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram