‘Darah’ Ifedayo Olusegun Kembali Menjadi Hijau, Sertai Melaka United?
Transfer
Background: Bernama
Advertisements

Penjaring terbanyak Liga Super 2021, Ifedayo Olusegun dikhabarkan bakal menyertai Melaka United untuk musim 2022 seperti yang dilaporkan oleh satu sumber.

Menurut sumber terbabit, Ifedayo Olusegun telahpun mempersetujui kontrak di antara RM500,000 hingga RM1.5 juta untuk satu musim dan bakal menjadi salah satu watak penting untuk plan jangka masa panjang Melaka United.

Ifedayo turut didakwa gagal mencapai persetujuan bersama Selangor FC untuk lanjutan kontrak dan bersedia beraksi bersama pasukan Liga Super lain dan tidak bercadang untuk keluar dari kancah Liga-M.

Advertisements

Penyerang kelahiran Nigeria ini bukanlah asing dalam kancah Liga-M kerana bakatnya mula dikesan kelab di Malaysia pada tahun 2017 ketika beliau beraksi bersama Felda United sebelum berpindah ke kelab Bahrain, Al-Hidd dan kembali ke Liga-M menyertai Melaka United.

Musim gemilang Ifedayo bersama Selangor musim ini menjadikan beliau antara penyerang import terbaik Liga-M dengan penyudah berbisa menjadi igauan ngeri pasukan lawan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram