Ifedayo Sedia Matikan Langkah Bergson Dalam Pentas Perebutan Kasut Emas
Dunia
Instagram: @selangorfc
Advertisements

Penyerang import sensasi Selangor FC, Ifedayo Olesugon sedia mematikan langkah penyerang JDT, Bergson Da Silva dalam pentas perebutan kasut emas.

Ifedayo berjaya memintas kedudukan teratas penjaring terbanyak Liga Super Malaysia 2021 apabila penyerang kelahiran Nigeria itu mencatat ‘hatrick’ ketika membantu The Red Giant menewaskan Sabah 6-0 di Stadium Likas, malam tadi.

Ifedayo bermula garang seawal minit ke-22 permainan apabila menjaringkan gol pertama perlawanan. Penyerang sensasi Selangor FC ini terus menghukum Sabah FC apabila menjaringkan gol kedua perlawanan dua minit selepas gol pertama dijaringkan.

Advertisements

Ifedayo mempamerkan persembahan yang begitu cemerlang dalam perlawanan malam tadi. Beliau beberapa kali sengaja membuat percubaan dari luar kotak penalti yang membahayakan kubu lawan.

Memasuki babak akhir perlawanan, penyerang Merah Kuning ini berjaya melengkapkan ‘hatrick’ buat dirinya pada minit ke-88 permainan sekaligus memastikan kemenangan buat Selangor FC. Jaringan tersebut merupakan jaringan ke-25 Ifedayo dalam saingan liga musim ini.

Tiga ledakan gol Ifedayo itu sekaligus memecahkan rekod yang pernah dipegang penjaring gol terbanyak sepanjang musim sebelum ini, Muhammad Ghaddar dengan 23 gol pada 2017. 

Advertisements

Dalam pada itu, Bergson Da Silva kini menduduki tempat kedua dalam carta penjaring terbanyak liga dengan 23 jaringan gol. Perbezaan dua gol antara Ifedayo dan Bergson bakal memperlihatkan saingan sengit dan dramatik dalam pemburuan kasut emas di akhir-akhir musim.

Status perebutan kasut emas ini dijangka akan berakhir dalam perlawanan terakhir buat kedua-dua pasukan. Bergson bersama JDT akan menentang KL City FC pada 12 September ini manakala Ifedayo bersama Selangor FC akan bertemu PJ City.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram