Ifedayo Sertai Kedah Darul Aman
Transfer
melakautdfc_official
Advertisements

Kedah Darul Aman FC membuat kejutan selepas mengumumkan kemasukan penyerang prolifik, Ifedayo Olusegun Patrick Omosouyi.

“KDA FC dengan sukacitanya mengumumkan ketibaan Ifedayo Olusegun Patrick Omosouyi sebagai penyerang baharu pasukan Sang Kenari, mencapai persetujuan untuk mengikat kontrak bagi baki musim 2023. Ifedayo tidak terikat dengan mana-mana kelab pada tahun ini dan berkontrak sebagai ejen bebas,” jelas KDA FC.

Kelibat Ifedayo tidak asing di Liga Malaysia dengan beliau sebelum ini pernah bersama Felda United, Melaka United dan Selangor dan Ifedayo akan didaftarkan sebagai pemain import baru Kedah bermula 5 Julai ini.

Advertisements

Pengalaman luas Ifedayo di Malaysia beserta reputasi hebat pemegang kasut emas musim 2020 dan 2021 menjadi antara faktor pihak pengurusan Kedah membuat keputusan mendaftarkan Ifedayo yang kini berstatus ejen bebas.

Ifedayo sebelum ini memenangi Kasut Emas 2 tahun berturut-turut, penjaring terbanyak Liga Super di musim 2020 dan 2021 dengan jumlah 38 gol (12 gol musim 2020, 26 gol musim 2023).

Advertisements

Selepas menjadi ejen bebas, Ifedayo sebelum ini dirisik beberapa pasukan termasuk Selangor yang bercadang menggunakan kembali khidmat pemain Nigeria tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram