Selangor Sah Risik Ifedayo Olusegun
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Selepas mendapatkan Rauf Salifu dan Ayron Del Valle, ramai menjangkakan pencarian awang import Selangor di bahagian serangan sudah berakhir. Sebaliknya, Gergasi Merah dikhabarkan hendak mengikat pemain import lama mereka, Ifedayo Olusegun.

Hal ini diakui oleh CEO Selangor FC (SFC), Dr Johan Kamal Hamidon. Walaupun perbincangan dengan Ifedayo sudah dibuat, keputusan akhir sama ada bekas pemain Nigeria itu menyertai Merah Kuning atau tidak terletak di tangan jurulatih Tan Cheng Hoe.

“Saya hanyalah CEO yang hanya sign (tandatangan) kontrak, taktikalnya bergantung kepada Cheng Hoe. Mengenai (Ifedayo) ada bincang dan keputusan belum dibuat lagi,” katanya.

Advertisements

Ifedayo ketika ini bergelar ejen bebas selepas meninggalkan Melaka United musim lepas. Walaupun dibelenggu isu kewangan, bekas penjaring terbanyak Selangor itu meledakkan tujuh gol dalam 15 perlawanan Liga Super untuk Melaka.

Selangor mengekalkan empat pemain import musim lepas iaitu Yazan Al-Arab (Jordan), Hein Htet Aung (Myanmar) Alex Agyarkwa dan Richmond Ankrah (Ghana).

Advertisements

Tiga awang import baru Gergasi Merah ialah Noor Al-Rawabdeh (Jordan), Salifu dan Del Valle. Sekiranya perpindahan ini direalisasikan, Ifedayo bakal menjadi pemain import kelapan Selangor musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram