Penyerang Melaka United, Ifedayo Olusegun menzahirkan penghargaan pada bekas pasukannya, Selangor FC menerusi hantaran dalam laman sosial Instagramnya.
Ifedayo Olusegun, merupakan penjaring terbanyak liga super 2021 ketika bersama Selangor dan beliau berjaya menjaringkan 25 gol semusim
Untuk rekod, penyerang berusia 31 tahun ini berjaya memintas rekod bekas pemain Johor dan Kelantan, Mohammad Ghaddar sebagai penjaring terbanyak import sepanjang zaman Liga Super.
Bekas pemain Selangor ini turut beri penghargaan kepada pasukannya kini Melaka United yang menjadi destinasinya musim ini.
Untuk pengetahuan, Ifedayo pernah menyertai Melaka United pada tahun 2018 sebelum mencipta nama bersama Selangor pada tahun berikutnya.