Kepulangan Ifwat Akmal Beri Nafas Baru Buat Kedah
Dunia
Instagram: @mfl_my
Advertisements

Kepulangan penjaga gol utama pasukan Kedah Darul Aman Fc, Ifwat Akmal untuk menjaga gawang gol pasukan itu dilihat sebagai satu tonik terbaik apabila membantu pasukan mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut.

Ifwat yang terpaksa diketepikan oleh pasukan Kedah ekoran dibelenggu masalah kecedeaan sehingga beliau terlepas hampir kesemua perlawanan pasukan pada musim ini.

Namun begitu, setelah kekalahan 2-4 kepada pasukan Selangor FC pada beberapa minggu yang lalu, Kedah dilihat segera menggunakan khidmat penjaga gol berusia 25 tahun itu ketika mencatat kemenangan bergaya bertemu pasukan Penang FC dengan jaringan 4-1.

Advertisements

Baca: Didin Taresoh Teruskan PDPR Walaupun Menjelang Kejohanan

Ketangkasan Ifwat mengemudi gawang gol pasukan terserlah apabila Kedah berjaya menundukkan cabaran pesaing terdekat, Terengganu FC sekaligus membuka persaingan merebut tempat kedua dalam liga.

Ifwat beberapa kali menyelamatkan pintu gol Kedah daripada duo Terengganu iaitu Faisal Halim dan juga Faiz Nasir yang ghairah menyerang kubu kuat Kedah.

Advertisements

Rentetan aksi cemerlang pasukan kendalian Aidil Sharil ini berterusan apabila merakamkan kemenangan kali keempat berturut-turut setelah menewaskan PJ City FC dan juga Perak FC.

Sungguhpun beliau hanya berjaya melakukan satu rekod tidak bolos daripada empat perlawanan terakhir, namun kecemerlangan Ifwat menjadi benteng terakhir pasukan perlu dihargai dan dipandang serius.

Beliau juga sentiasa menjadi watak penting apabila Kedah berjaya mengutip mata penuh sebanyak 12 mata dari empat perlawanan terakhir. Kini, mereka bakal menghadapi empat lagi baki perlawanan liga bagi merebut posisi pasukan kedua terbaik liga.

Advertisements

Baca: Azlia Syafinaz Dan Nur Suhada Raih Tempat Ke-9

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram