Rekod Jaringan Tak Masuk Akal Ikhsan Fandi Jadi Taruhan BG Pathum Di Pentas ACL
Dunia
BG Pathum United
Advertisements

Pasukan gergasi Thailand, BG Pathum United kini berada pada landasan yang tepat untuk mara ke pusingan seterusnya dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) kali ini.

Kecemerlangan pasukan ini bertitik tolak daripada ketajaman pasukan yang sudah pun meledak 11 gol dalam 5 perlawanan peringkat kumpulan.

Hal ini juga disebabkan ketajaman dan naluri pemusnah penyerang muda Singapura, Ikhsan Fandi yang dijangka terus menjadi sandaran utama pasukan Sabtu ini.

Advertisements

Pemain berusia 22 tahun itu kini sedang menikmati musim cemerlang dalam kariernya apabila sudah pun menjaringkan 2 gol pada pentas saingan terbesar di Asia ini.

Ikhsan mendapat kepercayaan penuh daripada barisan kejurulatihan selepas beraksi hampir kesemua perlawanan dalam saingan ACL dalam kesebelasan utama pasukan.

Bukan itu sahaja, anak kepada bekas lagenda Singapura ini juga sudah pun menjaringkan 15 gol dalam 21 perlawanan musim ini.

Advertisements

Ketajaman Ikhsan Fandi sudah pasti mahu dimanfaatkan oleh ketua jurulatih, J. Withe untuk muncul selaku juara kumpulan ketika turun menentang Jeongnam Dragons bagi aksi terakhir peringkat kumpulan.

Pengalaman yang ditimba ketika berada di Norway jelas membentuk keupayaan sebenar beliau apabila tampil garang di hadapan gawang.

Ikhsan juga sering menjadi mimpi ngeri buat barisan pertahanan dalam Liga 1 Thai dengan rekod 8 gol dan 1 bantuan gol telah pun berada dalam catatan peribadi beliau.

Advertisements

Dalam aksi terakhir peringkat kumpulan ini, BG Pathum sudah pasti mahu menurunkan kesebelasan terbaik mereka dalam usaha untuk meraih 3 mata berharga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram