Ikhsan Fandi Ledak Dua Gol Pacu Kemenangan BG Pathum
MakanBola
BG Pathum United

Permata kebangsaan Singapura, Ikhsan Fandi tidak menunggu lama untuk mencatatkan rekod jaringan peribadi buat pasukan BG Pathum United dalam aksi saingan REVO League Cup.

Pemain berusia 22 tahun itu berjaya menjaringkan dua gol dalam aksi keduanya buat pasukan gergasi Thailand itu. Beliau diturunkan dalam kesebelasan utama bergandingan dengan bekas pemain JDT, Diogo Luis Santo.

Ad

Pada minit ke-12, Ikhsan menjaringkan gol pembukaan buat BG Pathum selepas berjaya memenangi pergelutan dengan penjaga gol lawan seterusnya melakukan tapping muda ke gawang gol.

Ad

Selepas itu, Ikhsan Fandi membentuk gandingan yang mantap bersama rakan sepasukannya, Diogo Santos sekaligus banyak percubaan ke arah gawang gol dihasilkan.

Sebelum tamat permainan pada minit ke-85, Ikhsan sekali lagi berjaya mencatat gol kedua peribadinya selepas menerima hantaran lintang daripada sayap pasukan BG Pathum.

Ad

Perlawanan tamat dengan keputusan BG Pathum United 4-1 Songkhla FC.

Ad

Ikhsan Fandi dilihat cepat menyesuaikan diri bermain di kancah bola sepak Thailand musim ini ditambah dengan rakan sepasukannya yang sangat berkualiti.

Ad

Lihat aksi sorotan video jaringan-jaringan yang dihasilkan.