Ikhsan Fandi Meledak Lagi
Dunia
BGPU_Official
Advertisements

Penyerang skuad kebangsaan Singapura, Ikhsan Fandi terus membuktikan ketajaman penyudahnya apabila menjaringkan satu gol bagi membantu kemenangan bergaya BG Pathum United FC ke atas Port FC dengan keputusan 2-0.

Dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA tersebut, penyerang muda tersebut turun membarisi kesebelasan utama pasukan apabila bergandingan dengan penyerang prolifik Thailand, Teerasil Dangda bagi mengetuai jentera serangan pasukan.

Gandingan ini nyata menjadi duri dalam daging buat pasukan kendalian S. Treepan dengan asakan bertali-arus dilancarkan sebaik sahaja wisel dibunyikan.

Advertisements

Hal ini nyata membuahkan hasil apabila ketajaman penyudah anak lagenda bola sepak Singapura ini tidak dapat dinafikan apabila satu serangan balas dilakukan oleh BG Pathum nyata sukar dikekang lawan.

Kegagalan pemain pertahanan lawan untuk menghalang satu hantaran lintang di bahagian kanan padang mengundang padah apabila Ikhsan mudah untuk melakukan satu tandukan tepat melepasi penjaga gol Port FC.

Beliau juga membuktikan bahawa dirinya tidak memerlukan masa untuk menyesuaikan diri sungguhpun baru sahaja melengkapkan perpindahan ke pasukan barunya itu.

Advertisements

Sebagai rekod, pemain berusia 22 tahun itu sudah pun menjaringkan 5 gol dan melakukan 1 bantuan gol dalam 6 aksinya setakat ini.

Satu lagi gol pasukan disudahkan dengan baik oleh Teerasil untuk melengkapkan malam gemilang BG Pathum mara ke suku akhir saingan itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram