Ikhsan Fandi Terus Mengganas Di BG Pathum United
Dunia
BG Pathum United
Advertisements

Permata bola sepak Singapura, Ikhsan Fandi terus mencatat selaku penjaring dalam aksi ketiganya bersama BG Pathum United.

Ikhsan berjaya meledak satu gol dalam aksi pertemuan di antara Bg Pathum United menentang Muangthong United FC dalam saingan Thai Premier League 2022 sebentar tadi.

Perlawanan bermula sengit apabila Muangthong berjaya membuka jaringan pertama pada minit ke-14 permainan menerusi tandukan deras Willian Popp.

Advertisements

Tiga minit selepas aksi separuh masa kedua, bekas penyerang JDT, Diogo Luis Santo menjaringkan gol penyamaan dengan tandukkan menerusi hantaran lintang daripada pemain sayap BG Pathum.

Pada minit ke-56, BG Pathum berjaya menjarakkan jaringan menerusi Ikhsan Fandi yang melakukan rembatan deras kaki kananya dalam kotak penalti.

Muangthong United pada minit ke-71 berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan deras Theppawong menewaskan penjaga gol BG Pathum United, Padungchok.

Advertisements

Perlawanan berkesudahan seri 2-2 sekaligus BG Pathum berjaya memintas Muangthong United ke tangga ke-5 dengan kelebihan 2 mata.

Pemain berusia 22 tahun ini berjaya mengumpul tiga jaringan dalam tiga perlawanan diturunkan.

Lihat sorotan aksi video jaringan-jaringan yang dihasilkan dibawah.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram