Ikhwan Yazek Hampir Tinggalkan Dunia Bola Sepak
Liga Super
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Pemain sayap Negeri Sembilan FC, Ikhwan Yazek mengakui beliau pernah memikirkan kemungkinan untuk menggantung but.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh beliau kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi untuk Nadi Arena semalam.

Ikhwan mengakui kemungkinan tersebut timbul selepas mengalami kecederaan ligamen kolateral medial (MCL) semasa bersama Kelantan FC.

Advertisements

Kecederaan tersebut memaksa beliau berehat panjang dan terlepas baki perlawanan Liga Malaysia (Liga M) bersama pasukan dari Pantai Timur itu.

Disebabkan tempoh pemulihan yang lama, Ikhwan menyangka musim 2023 sebagai musim terakhirnya sebagai pemain bola sepak.

Selepas mendapat tawaran daripada Negeri Sembilan untuk musim 2024/25, beliau mendapatkan restu daripada keluarga terlebih dahulu sebelum menerima tawaran pasukan itu.

Advertisements

“Sebelum saya cedera itu, ada banyak tawaran (daripada pasukan lain). Cuma saya tak boleh terima sebab saya (jalani) pembedahan dan berehat lama.

“Saya berfikir panjang dan kemudian saya cakap, ‘Ini mungkin kali terakhirlah saya bermain bola.’ Itu lepas sihat selepas berehat tiga bulan dan sambung bekerja, Negeri Sembilan ada buat tawaran kepada saya.

“Saya bincang dengan keluarga dan minta restu semua. Keluarga cakap baik dan teruskan bermain untuk musim ini (musim 2024/25),” katanya.

Advertisements

Ikhwan merekodkan 13 penampilan bersama Kelantan sebelum memilih meninggalkan pasukan itu pada September 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram