Advertisement
Ilhan Fandi Berisiko Terlepas Aksi Penting Berdepan Malaysia
Dunia
MakanBola
Ariffin jamar

Penyerang muda Singapura, Ilhan Fandi berisiko terlepas aksi terakhir peringkat kumpulan B menentang Malaysia selepas mengalami kecederaan lutut ketika menentang Vietnam tempoh hari.

Perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura yang dikenali sebagai sebuah stadium yang menggunakan rumput tiruan.

Memetik laporan The Straits Times, Ilhan Fandi telah dikeluarkan pada separuh masa pertama sewaktu menentang Vietnam, beliau dilihat menangis dan kecewa kerana tidak dapat meneruskan permainannnya.

Selepas seri menentang Vietnam, pasukan Singapura hanya memerlukan keputusan seri sahaja menentang Malaysia nanti. Namun, mereka bakal kehilangan beberapa tonggak utama.

Abangnya, Ikhsan Fandi turut mengalami kecederaan di lutut di Stadium yang sama semasa perlawanan persahabatan menjelang sepak mula Piala AFF 2022.

Singapura masih belum tewas dalam peringkat kumpulan kali ini, mereka telah berjaya mengumpul 7 mata penting berkongsi bersama Vietnam.

Manakala skuad Harimau Malaya ini adalah misi wajib menang ke atas Singapura dan lebih-lebih lagi kelebihan beraksi di Stadium Bukit Jalil.

Singapura akan menentang Malaysia pada hari selasa ini jam 8:30 malam. Peluang terakhir buat skuad kebangsaan untuk mencipta kejutan layak ke peringkat seterusnya.