Ilhan & Ikhsan Fandi Anggap Arif Aiman Berada Pada Kelas Tersendiri

Arif Ilhan Ilhan & Ikhsan Fandi Anggap Arif Aiman Berada Pada Kelas Tersendiri
Ilhan Fandi

Pemain kebangsaan Singapura, Ilhan dan Ikhsan Fandi menzahirkan rasa bangga dan teruja melihat kejayaan pasukan JDT yang berjaya melakar sejarah, melayakkan diri ke pusingan kedua saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Dua anak kepada lagenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad telah meninggalkan satu komen di laman Instagram pemain sayap JDT, Arif Aiman. Arif yang menjadi watak penting pasukan, merupakan duri dalam daging buat JDT ketika gol kemenangan terhasil telah membuat satu hantaran di Instagram miliknya.

Expand player

Arif di Instagram telah memuatnaik 4 keping gambar sebagai tanda syukur dan mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dan mendoakannnya.

“Syukur alhamdulilah, kita lakar sejarah baharu. Terima kasih atas semua sokongan,” tulis Arif di Instagram.

Hantaran tersebut telah dibanjiri banyak pujian dan ucapan tahniah daripada bintang-bintang bola sepak Malaysia dan beberapa lagenda bola sepak tanah air seperti Badhri Radzi. Ilhan dan Ikhsan juga tidak terlepas untuk meninggalkan komen positif buat Arif.

“Different class, mantap,” kata Ilhan dan “Class,” kata Ikhsan. Komen Ilhan dan Ikhsan tersebut telah mendapat like lebih daripada 400 orang pengguna.

Arif membalas komen tersebut dengan ucapan terima kasih serta mendoakan yang terbaik buat Ikhsan dan pasukan. Ikhsan bersama BG Pathum United turut layak ke pusingan kedua saingan ACL musim ini.

Hubungan baik antara Arif Aiman dan pemain bola sepak Singapura seperti Ilhan dan Ikhsan ini kita maklum sejak dahulu lagi. Sebelum ini mereka pernah bertukar jersi dan mengambil gambar bersama ketika pentas Piala AFF di Singapura tempoh hari.